awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK medan uji keserasian parti dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
29/06/2024
13:05 MYT
PRK medan uji keserasian parti dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid (tengah) bergambar bersama para perwakilan ketika hadir bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kuala Pilah di Dewan KPDNHEP Melang hari ini. - Gambar Bernama
KUALA PILAH: Pilihan Raya Kecil (PRK) merupakan medan latihan untuk menguji keserasian pelbagai parti dalam Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata ini termasuk dari segi kerjasama dan sokongan untuk memenangkan calon yang dipertandingkan walaupun berbeza parti dan ia telah diterjemahkan di beberapa siri PRK sebelum ini.
"Sekarang ini sedang berlaku kempen (PRK) di Sungai Bakap, yang bertanding bukannya calon UMNO tetapi kaedah kita berkerja membantu kawan-kawan kita daripada calon parti lain, saya hormat dengan jentera UMNO Pulau Pinang dibantu Perlis, Kedah dan Perak Utara, seolah-olah ini calon UMNO.
"Kita juga hadapi PRK Pelangai, Pahang (ditandingi UMNO), hari-hari Presiden AMANAH (Datuk Seri Mohamad Sabu) turun kempen kita dan saya lihat rakan parti komponen AMANAH, PKR, DAP (turut bantu).
"Di PRK Pulai dan Simpang Jeram, Johor, jentera parti UMNO kerja keras untuk menangkan calon AMANAH, begitu juga DAP dan PKR (bantu kempen), dan Mat Sabu berterima kasih kepada kita...ini menunjukkan susunan kerja jentera cukup berstruktur, inilah semangat setiakawan antara kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Pilah yang dihadiri lebih 700 perwakilan daripada 126 cawangan di sini hari ini.
Ahmad Zahid turut meminta kerjasama semua ahli UMNO bagi memastikan parti itu dominan semula dalam arena politik negara dan bukan hanya diterima ahli parti.
Dalam pada itu, beliau menafikan Melayu dan agenda Islam yang sering diperjuangkan UMNO terancam sejak berada di bawah Kerajaan Perpaduan, malah pelbagai peruntukan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tujuan itu.
"Di Parlimen, Anthony Loke (Setiausaha DAP) duduk sebelah kanan, ada juga Nga Kor Ming (Naib Pengerusi DAP), apabila saya bawa kertas Kabinet termasuk dari Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, tak ada seorang pun yang bantah sebaliknya beri sokongan," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Sungai Bakap di sini
Topic Berkaitan
#UMNO
#PRK Sungai Bakap
#Kerajaan Perpaduan
#parti komponen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan