awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Rantau: Jentera, penyokong PH bertumbuk sesama sendiri

Astro Awani
Astro Awani
13/04/2019
12:43 MYT
PRK Rantau: Jentera, penyokong PH bertumbuk sesama sendiri
Difahamkan pertengkaran tercetus selepas media melaporkan keputusan tidak rasmi PRK Rantau yang memihak kepada calon BN. - KIniTV
Pertengkaran tercetus di bilik gerakan utama Pakatan Harapan sehingga melibatkan kekasaran fizikal di antara jentera parti itu pada Sabtu.
Pergaduhan itu difahamkan terjadi selepas media melaporkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau yang memihak kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan, menurut laporan portal berita Malaysiakini.
Difahamkan situasi tegang itu berlaku apabila ahli PKR dari Kuala Lumpur menyalahkan ahli parti dari kalangan penduduk tempatan susulan keputusan yang tidak memihak kepada calon mereka, Dr S Streram.
Berdasarkan video yang dimuat naik Malaysiakini, berlaku adegan jerit-menjerit menggunakan kata-kata kesat selain beberapa orang dilihat mula tolak-menolak sesama mereka.
Tidak lama selepas itu, situasi bertukar menjadi semakin ganas di mana beberapa orang dilihat mula bertumbuk.
Seorang wartawan yang berada di tempat kejadian dikatakan dipaksa berhenti merakam pergaduhan tersebut dan seterusnya telefon bimbitnya dirampas oleh seorang individu yang berada di situ.
Difahamkan bahawa pihak polis ketika ini berada di tempat kejadian dan ketika insiden itu berlaku, keputusan rasmi PRK Rantau belum diumumkan lagi.
BACA: Keputusan rasmi: Tok Mat kekalkan kerusi DUN Rantau
Topic Berkaitan
#jentera PH
#kekasaran fizikal
#penyokong pakatan harapan
#pilihan raya kecil
#PRK
#Rantau
#Rantau Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan