awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: 11,294 warga polis, tentera dan keluarga mengundi awal di Pulau Pinang

Bernama
Bernama
06/08/2023
14:19 MYT
PRN: 11,294 warga polis, tentera dan keluarga mengundi awal di Pulau Pinang
W.Pusphanathan berkata, bagi pegawai dan anggota polis Kontijen Pulau Pinang, mereka akan melaksanakan undian awal di 28 pusat mengundi di seluruh negeri. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
GEORGE TOWN: Seramai 11,294 pengundi membabitkan pegawai dan anggota polis serta tentera dan pasangan akan menunaikan tanggungjawab mengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang, Selasa ini.
Jurucakap Media PRN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, SAC W.Pusphanathan, berkata daripada jumlah itu, seramai 6,451 adalah pengundi awal membabitkan pegawai dan anggota polis dan pasangan manakala selebihnya iaitu 4,843 pula pegawai dan anggota tentera dan pasangan.
Beliau berkata bagi pegawai dan anggota polis Kontijen Pulau Pinang, mereka akan melaksanakan undian awal di 28 pusat mengundi di seluruh negeri.
"Terdapat 33 saluran di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang dan lima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) iaitu Timur Laut dan Barat Daya di bahagian pulau serta Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di tanah besar.
"Polis Pulau Pinang telah membuat persiapan dan persediaan rapi untuk pengundian awal supaya ia berjalan lancar. Seramai 217 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi melancarkan perjalanan proses pengundian awal PRN kali ini," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan serta Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Kuala Terengganu diadakan serentak pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya negeri
#Parlimen
#pengundi awal
#anggota polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan