awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: 53 tawaran manifesto Perpaduan Selangor untuk lima tahun

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
31/07/2023
15:25 MYT
PRN: 53 tawaran manifesto Perpaduan Selangor untuk lima tahun
Menurut Amirudin, tawaran tersebut dibuat selepas melakukan kajian daripada pelbagai pihak termasuk penduduk di negeri itu. - Gambar Astro AWANi/Shahir Omar
SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) melancarkan 'Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun' dalam usaha memenangi hati pengundi di Selangor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.
Tawaran tersebut mengandungi lima kerangka utama dengan 53 tawaran secara keseluruhan.
Menurut Menteri Besar Selangor, yang juga Pengerusi Harapan Negeri, Datuk Seri Amirudin Shari, tawaran tersebut dibuat selepas melakukan kajian daripada pelbagai pihak termasuk penduduk di negeri itu.
“Dengan ikhtiar terhadap negeri Selangor, bukan janji populis, bukan tawaran-tawaran yang tidak boleh kita lakukan, atau janji setinggi langit.
“Tetapi tawaran-tawaran ini berdasarkan kajian dan pandangan ramai pihak di negeri Selangor. insya-Allah tawaran 5 Tekad 5 Usaha ini akan kita segera usahakan,” katanya ketika berucap melancarkan Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun di Dewan Raja Muda Musa, di sini pada Isnin malam.
Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun meliputi ekonomi unggul dan pendidikan berkualiti pemangkin peluang pekerjaan berpendapatan tinggi (14 tawaran); agama sebagai cahaya dan inspirasi kehidupan bermaruah di Selangor (10 tawaran); serta perkhidmatan kerajaan yang cekap dan efisien (lima tawaran).
Selain itu, pembangunan mampan, selesa, dan berdaya huni (13 tawaran), manakala Selangor negeri penyayang yang membela kepentingan rakyat (11 tawaran).
------------------
------------------
------------------
------------------
------------------
------------------
------------------
------------------
------------------
------------------
------------------
------------------
------------------
------------------
------------------
------------------
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Pakatan Harapan
#pandangan ramai pihak
#kerangka utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan