awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Dulu lawan kini kawan, jentera PH-BN kerja keras yakinkan pengundi

Bernama
Bernama
06/08/2023
08:00 MYT
PRN: Dulu lawan kini kawan, jentera PH-BN kerja keras yakinkan pengundi
Chiew Chi Kin (foto) berkata walaupun sejarah perseteruan antara PH dan BN yang panjang namun demi kestabilan politik di negeri ini, kedua-dua pihak bekerja keras bagi meraih kemenangan pada hari pengundian 12 Ogos nanti. -Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Dulu lawan kini kawan.
Kesepaduan ditunjukkan jentera Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan menjadi medan ujian kerjasama kali pertama bagi kedua-dua pihak itu.
Genap seminggu berkempen, atas semangat sepasukan, gabungan jentera parti itu merupakan satu kekuatan untuk memastikan misi terbentuknya Kerajaan Perpaduan di negeri ini tercapai.
Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan Chiew Chi Kin, 42, berkata walaupun sejarah perseteruan antara PH dan BN yang panjang namun demi kestabilan politik di negeri ini, kedua-dua pihak bekerja keras bagi meraih kemenangan pada hari pengundian 12 Ogos nanti.
"Kerjasama itu ditunjukkan melalui pembukaan bilik gerakan PH di kawasan strategik bagi membantu calon BN yang bertanding di kawasan terbabit seperti di DUN Linggi dan DUN Bagan Pinang bagi menarik seramai mungkin pengundi untuk menyokong koalisi (parti gabungan) Kerajaan Perpaduan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata jentera BN pula membantu memberikan penjelasan terutamanya di kawasan ditandingi PH yang sebelum ini sukar ditembusi parti itu terutamanya di kawasan luar bandar yang merupakan kekuatan BN.
Bagi petugas jentera BN Sarfarizmal Saad, 36, walaupun merasa sedikit janggal pada awalnya namun berpegang pada prinsip untuk memastikan negeri ini diterajui oleh gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, segala perbezaan itu perlu diketepikan.
Petugas kempen PH Ashraf Mohd, 38, daripada PKR berkata kekuatan BN memberikan nilai tambah kepada perjalanan kempen parti gabungan Kerajaan Perpaduan dan sokongan yang diterima amat memuaskan.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang serta Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak, dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#Chiew Chi Kin
#PRN Negeri Sembilan
#Dulu lawan kini kawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan