awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: DUN Kelantan dijangka bubar pertengahan Jun - Mohd Amar

Adam Darwish
Adam Darwish
23/04/2023
08:05 MYT
PRN: DUN Kelantan dijangka bubar pertengahan Jun - Mohd Amar
Mohd Amar ditemui sewaktu hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di rumahnya di Kampung Alor Pasir di Tumpat, hari ini. - Foto Astro AWANI
TUMPAT: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dijangka akan dibubarkan dalam tempoh dua minggu sebelum berakhir bulan Jun depan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, mengikut makluman yang diperolehi, kesemua negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor telah bersetuju untuk membubarkan DUN masing-masing pada bulan tersebut.
Beliau bagaimanapun menjelaskan tarikh pembubaran antara satu negeri dengan negeri yang lain tidak sama namun masih pada Jun.
"Sekiranya semua negeri bubar pada Jun maka kita jangkakan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan berlangsung pada Julai.
"Ini kerana pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dari segi pertimbangan akan menjalankan pilihan raya serentak disebabkan sekiranya dibuat berasingan maka akan menelan kos yang besar," katanya.
Beliau berkata demikian selepas hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di rumahnya di Kampung Alor Pasir di sini, hari ini.
Jelasnya lagi, walaupun ada tempoh sehingga Ogos untuk PRN dijalankan namun berdasarkan amalan-amalan yang lepas biasanya tarikh PRN ini adalah satu bulan selepas pembubaran.
Sementara itu, mengulas mengenai persiapan PRN, Mohd Amar berkata segalanya sudah di peringkat maksimum.
Mohd Amar yang juga Naib Presiden Pas berkata, senarai calon belum diputuskan lagi tetapi senarainya sudah ada dan sudah diserahkan kepada Menteri Besar untuk diputuskan.
"Calon-calon yang kita ada adalah calon daripada Pas sahaja dan bagi Bersatu akan diputuskan oleh parti berkenaan.
"Dari segi pembahagian kerusi sekiranya mengikut asas perbincangan kita kekal dengan "status quo" sebagaimana di peringkat Parlimen baru-baru ini iaitu di kawasan yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) akan ditandingi oleh Bersatu.
Topic Berkaitan
#PRN
#Mohd Amar Nik Abdullah
#DUN Kelantan bubar
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan