awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor bukan 'kad bebas dari penjara' - Shahril Sufian

Sinar Harian
Sinar Harian
31/01/2022
15:57 MYT
PRN Johor bukan 'kad bebas dari penjara' - Shahril Sufian
SHAHRIL SUFIAN: Berhentilah menuding jari dan menyalahkan UMNO setiap masa. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menyangkal tuduhan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan 'kad untuk bebas dari penjara' bagi pemimpin UMNO yang digelar 'Kluster Mahkamah'.
Shahril Sufian menegaskan, ia kerana Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak konsisten mengatakan bahawa mereka akan bersihkan nama mereka di mahkamah.
"Jika UMNO dan BN menang di Johor pun dan saya pasti kita akan menang (tetapi) bagaimana kemenangan ini boleh menyebabkan hakim menukar pandangan mereka?
"Aneh juga kenapa alasan ini tidak diguna pakai semasa PRN Melaka? Mungkin kerana PRN Melaka ada kaitan dengan Pakatan Harapan (PH) sendiri? Jadi berhentilah menuding jari dan menyalahkan UMNO setiap masa," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi rakaman video berdurasi 3 minit 50 saat yang dimuat naik di Facebook beliau pada malam Isnin bagi menjawab tuduhan Chin Tong menerusi rakaman video tentang 'Kluster Mahkamah' penyebab PRN Johor diadakan.
Mengulas lanjut, Shahril Sufian memberitahu, dalam rakaman video yang dibuat Chin Tong, tuduhan kepada pemimpin UMNO itu adalah perkara pokok yang mahu disampaikan pemimpin DAP berkenaan selain tuduhan-tuduhan lain turut dilemparkan kepada UMNO.
Menurutnya, dalam situasi sekarang, Chin Tong dan DAP sepatutnya meluangkan masa 'menjual diri' mereka dengan tawaran 'menarik' kepada rakyat.
"Buktikan mereka paling sesuai memimpin Johor. Itulah yang UMNO dan BN akan lakukan.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#kad bebas dari penjara
#Kluster Mahkamah
#Shahril Sufian Hamdan
#UMNO
#DAP
#Liew Chin Tong
#Johor Memilih
#Zahid Hamidi
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan