awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Johor jadi kerajaan minoriti jika peratusan keluar mengundi rendah

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
12/03/2022
07:22 MYT
PRN Johor: Johor jadi kerajaan minoriti jika peratusan keluar mengundi rendah
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kebimbangan itu berdasarkan kepada peratus yang tidak menggalakkan setakat ini. - Astro AWANI
PONTIAN: Peratusan keluar yang kecil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan menjadikan Johor sebuah kerajaan minoriti sahaja.
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kebimbangan itu berdasarkan kepada peratusan keluar mengundi yang tidak menggalakkan setakat ini.
"Andai peratus keluar mengundi hanya 30 peratus (setakat 1 petang), ia boleh menjadikan kerajaan Johor (sebagai) kerajaan minoriti.
"Manakala selebihnya tidak hadir kerana bimbang COVID-19 atau tanda protes," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Raja, petang ini.
Hadir sama ialah calon Warisan DUN Pekan Nenas, Hishamudin Busri.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Semporna itu berkata, keadaan itu turut akan menyebabkan sistem demokrasi tergugat kerana rakyat menolaknya.
"Diharap lepas ini tiada lagi PRN kerana menyusahkan banyak rakyat serta kos yang banyak," ujarnya .
Setakat pukul 2 petang, peratusan keluar mengundi yang dicatatkan ialah 40 peratus.
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#Kerajaan Johor
#peratusan keluar mengundi
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan