awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Kalahkan BN untuk kalahkan 'kluster mahkamah' ibarat hina pengundi - Annuar

Firdaus Azil
Firdaus Azil
12/02/2022
07:40 MYT
PRN Johor: Kalahkan BN untuk kalahkan 'kluster mahkamah' ibarat hina pengundi - Annuar
Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, pandangan sedemikian adalah dangkal, dan susah diterima akal pemikiran yang logik. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Pandangan bahawa Barisan Nasional (BN) perlu dikalahkan sebagai cara untuk mengalahkan ‘kluster mahkamah’ adalah satu penghinaan kepada rakyat dan negeri Johor, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, pandangan sedemikian adalah dangkal, dan susah diterima akal pemikiran yang logik.
Tegasnya lagi, mana mungkin soal kepentingan rakyat dan negeri Johor cuba diperkecilkan, dan disempitkan menjadi isu individu dan personaliti tertentu semata-mata.
“Tidak jelas, dari mana datangnya isu memberi kuasa kepada Kluster Mahkamah? Ia tidak lebih dari satu percubaan menyekat kebangkitan rakyat untuk bersama UMNO dan BN.
“Suka saya tegaskan, soal kluster mahkamah bukan isu Johor, malah bukan sama sekali isu PRN Johor, Melaka, Sabah, Sarawak atau mana mana negeri. Itu isu individu, persoalan undang-undang dan proses mahkamah,” tegasnya lagi.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] 'PRN Johor bukan untuk bereksperimen'
BACA: Saya pengkhianat? Ini pula senarai pengkhianatan UMNO, BN - Muhyiddin
BACA: Muhyiddin ketandusan kecerdasan - Khaled Nordin
‘Kluster mahkamah’, yang sering dijadikan bahan kempen pihak lawan BN, merupakan sekumpulan pemimpin kanan UMNO dan BN yang sedang menghadapi kes-kes di mahkamah.
Namun, Pengerusi BN Johor yang juga Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad menepis dakwaan PRN diadakan demi mengembalikan pengaruh dan kuasa terhadap kumpulan berkenaan.
Mengulas lanjut, Annuar berkata, tidak wajar dan sama sekali tidak perlu mengheret rakyat Johor ke dalam sengketa peribadi di antara individu tertentu.
“Masalah individu dan urusan yang berkaitan undang-undang dan proses mahkamah juga tidak sepatutnya menjadi alasan untuk memperjudikan nasib rakyat Johor,” katanya lagi.
Annuar berkata, PRN Johor perlu disambut oleh pengundi dan rakyat Johor demi kemajuan dan kesejahteraan Johor.
"UMNO dan BN pula, katanya lagi, akan terus memberikan fokus kepada rencana untuk memajukan negeri Johor.
“BN dan UMNO Johor akan terus membina keyakinan rakyat berdasarkan 'track record' UMNO dan BN Johor selama ini.
“Rakyat Johor sudah merasai pengalaman dan mengenali semua parti dan personaliti. Sudah pasti atas pengalaman ini, rakyat Johor berupaya membuat penilaian sendiri. Rakyat Johor tidak akan tertipu sekali lagi,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Johor Memilih
#Annuar Musa
#Kluster Mahkamah
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan