awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: MUDA nafi ceroboh aset GLC Johor

Sinar Harian
Sinar Harian
04/03/2022
12:16 MYT
PRN Johor: MUDA nafi ceroboh aset GLC Johor
Rasid memaklumkan MUDA telah menyewa premis berkenaan secara sah daripada pihak yang didakwa sebagai pemilik premis. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menafikan dakwaan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Johor berhubung pencerobohan dilakukan parti itu terhadap aset milik syarikat berkenaan.
Calon MUDA bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, Rasid Abu Bakar berkata, sebaliknya parti telah menyewa premis berkenaan secara sah daripada pihak yang didakwa sebagai pemilik premis.
"MUDA menyewa rumah kedai (premis berkenaan) pada 26 Februari daripada seorang yang kami ketahui sebagai tuan kedai, bagi tujuan bilik gerakan MUDA untuk kempen di DUN Larkin.
"Menurut surat dikeluarkan oleh pemilik premis berkenaan, MUDA juga dibenarkan untuk menyewa premis tersebut sebagai bilik gerakan politik," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
BACA: GLC lapor polis, dakwa MUDA ceroboh, guna aset inkubator usahawan
Sebelum ini, media melaporkan PIJ Holdings dalam satu kenyataan memaklumkan syarikat telah membuat laporan polis terhadap MUDA kerana didapati menceroboh aset milik syarikat iaitu Ikubator Usahawan Taman Perbadanan Islam Stulang Baru, di sini bagi dijadikan bilik gerakan politik.
Dalam kenyataan berkenaan, PIJ Holdings juga memaklumkan premis berkenaan juga tidak boleh disewakan kepada orang lain.
Mengulas lanjut, Rasid berkata, MUDA juga tidak menerima sebarang perkara yang dibangkitkan oleh pihak yang menyewakan premis berkenaan ketika serahan kunci pada hari yang sama (26 Februari).
"Kami juga ingin menegaskan bahawa setelah seminggu berkempen, MUDA tidak menerima notis, aduan atau surat daripada tuan kedai atau mana-mana pihak yang menyatakan kami telah menceroboh.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
#muda
#Rasid Abu Bakar
#PIJ Holdings
#PRN Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan