awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: UMNO tentu tidak mahu malu di 'tanah sendiri' - Penganalisis

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
23/01/2022
20:35 MYT
PRN Johor: UMNO tentu tidak mahu malu di 'tanah sendiri' - Penganalisis
Mohammad Tawfik berkata, kehadiran pengundi muda pada PRN Johor akan menyaksikan peralihan dan persekitaran politik baharu. - Gambar fail/Facebook
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat disifatkan sebagai ibu kepada segala PRN kerana sejarah UMNO bermula dari negeri itu.
Justeru, penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub yakin, UMNO tentunya tidak mahu malu atau kecewa di tanah sendiri.
Pada masa yang sama, katanya, Johor juga merupakan negeri asal Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pastinya bekas perdana menteri itu tidak mahu tunduk atau memberi kemenangan mudah kepada pihak lawan.
"PRN Johor dilihat sebagai ibu kepada segala PRN yang bakal menyaksikan satu pertandingan yang besar. Kenapa? Kerana di situlah bermulanya UMNO. Saya pasti UMNO tidak mahu kecewa dan dimalukan.
"Begitu juga kepada Presiden Bersatu (Muhyiddin), sudah tentu beliau tidak mahu kalah kerana Johor negeri asal beliau," katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.
PRN Johor | 'Ibu' kepada segala Pilihan Raya Negeri
Dalam pada itu, ditanya mengenai kehadiran sehingga 700,000 pengundi muda pada PRN Johor, Mohammad Tawfik berkata, ia akan menyaksikan peralihan dan persekitaran politik baharu di negeri itu.
"Namun kalaupun dikemukakan wajah-wajah muda tapi masih mempunyai 'jiwa dinasour' yang purba juga tidak akan memberi kesan.
"Buat apa ambil orang muda, umur 21 tahun dengan pengalaman tak ada, jiwa orang muda tidak ada, tidak tahu buat kerja.
"Dalam politik ini kita tidak boleh belajar dari A ke Z, dalam politik esok menang, esok terus kerja," ujarnya.
Pada masa yang sama, beliau berkata, calon berusia tidak boleh ditolak sepenuhnya tetapi yang penting adanya semangat mengangkat aspirasi orang muda.
Sementara itu, Mohammad Tawfik menjangkakan peratus keluar pengundi pada PRN Johor akan menurun berikutan kekecewaan melibatkan mereka yang terkesan akibat banjir dan COVID-19.
PRN Johor | Pengundi muda dan kerjasama politik
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#Mohammad Tawfik Yaakub
#ibu segala PRN
#pengundi muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan