awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Suspek serangan sekolah Thailand ditembak mati selepas bunuh pengetua dan tawan murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Menteri, Timbalan Menteri GPS akan bantu calon Kerajaan Perpaduan - Abang Jo

Bernama
Bernama
15/07/2023
16:35 MYT
PRN: Menteri, Timbalan Menteri GPS akan bantu calon Kerajaan Perpaduan - Abang Jo
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching malam ini. - Foto BERNAMA
KUCHING: Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memberi sokongan penuh bagi membantu calon daripada parti dalam Kerajaan Perpaduan yang bertanding semasa pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keputusan itu dipersetujui susulan mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu di sini malam ini.
Beliau berkata GPS akan menekankan kepentingan perpaduan dan kerajaan yang stabil sebagai mesej utama dalam kempennya.
"Kami adalah sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan dan oleh itu, mempunyai kewajipan untuk menyokong mereka. Semasa hari penamaan calon, kami akan hantar wakil ke sana," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.
Ketika ini, terdapat lima Menteri dan enam Timbalan Menteri daripada GPS di peringkat Persekutuan.
Sementara itu, mengulas memorandum persefahaman yang dimeterai antara Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) baru-baru ini, Abang Johari berkata GPS tidak mempunyai sebarang masalah dengannya.
"Kami rasa jika berniat baik, biarlah mereka menjalin kerjasama itu tetapi saya ingin tegaskan bahawa PSB masih bukan ahli GPS," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gabungan Parti Sarawak
#GPS
#PRN
#calon Kerajaan Perpaduan
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan