awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Nik Abduh tarik balik keputusan 'berpuasa' politik

Sinar Harian
Sinar Harian
08/08/2023
06:43 MYT
PRN: Nik Abduh tarik balik keputusan 'berpuasa' politik
Media sebelum ini melaporkan, Nik Abduh mengesahkan 'berpuasa' dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh yang tidak dinyatakan. - Gambar fail
KOTA BHARU: Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh menarik balik keputusannya untuk 'berpuasa' daripada arena politik negara.
Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.
"Saya berbuka puasa.
"Payah puasa politik rupanya.
"Kelat mulut," ujarnya.
Rata-rata komen yang ditinggalkan oleh pengikutnya meminta Nik Abduh kembali meneruskan perjuangan politik bagi menyambung legasi arwah bapanya, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sinar Harian pada 31 Julai melaporkan, Nik Abduh mengesahkan 'berpuasa' dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook miliknya.
"Saya berpuasa dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh.
Ia tempoh paling sukar untuk saya dan bonda.
"Semoga Pas bertambah gagah dengan kepimpinan terbaik untuk memacu masa depan negara," katanya sebelum ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#nik abduh
#buka puasa
#PRN Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan