awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Nik Abduh umum 'puasa', rehat sementara daripada politik

Sinar Harian
Sinar Harian
31/07/2023
08:26 MYT
PRN: Nik Abduh umum 'puasa', rehat sementara daripada politik
Nik Abduh membuat pengumuman itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook miliknya sebentar tadi. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA BHARU: Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh mengesahkan akan 'berpuasa' dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook miliknya sebentar tadi.
"Saya berpuasa dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh. Ia tempoh paling sukar untuk saya dan bonda.
"Semoga Pas bertambah gagah dengan kepimpinan terbaik untuk memacu masa depan negara," katanya.
Beberapa hari ini kecoh berkenaan isu Nik Abduh tidak tercalon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, bapa saudara Nik Abduh, Nik Din mendakwa Mohd Amar menjadi punca ketiadaan nama Nik Abduh sebagai calon pilihan raya negeri (PRN) Kelantan.
Nik Din turut mendakwa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menghantar surat meminta Pas menyenaraikan nama Nik Abduh.
Beliau juga hairan apabila nama anak saudaranya itu tidak dicalonkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.
Sebelum itu Mohd Amar menafikan beliau terlibat menggugurkan nama Nik Abduh sebagai calon pilihan raya negeri (PRN).
Menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah, beliau menegaskan, pihak yang membuat tuduhan sedemikian tidak terlibat dalam mesyuarat pemilihan nama calon serta tiada sebarang jawatan dalam parti. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Kelantan
#nik abduh
#berehat daripada politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan