awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Polis siasat insiden pukul di depan balai polis - Ayob Khan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
12/08/2023
04:20 MYT
PRN: Polis siasat insiden pukul di depan balai polis - Ayob Khan
Siasatan awal mendapati insiden berlaku di sebuah Ibu Pejabat Polis (IPD) di negeri Pantai Timur. - Gambar/ Ihsan pembaca
GOMBAK: Polis sedang menyiasat satu insiden pukul yang berlaku di hadapan sebuah balai polis, seperti yang tular di media sosial hari ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan awal mendapati insiden berlaku di sebuah Ibu Pejabat Polis (IPD) di negeri Pantai Timur.
“Kenyataan rasmi akan dikeluarkan sebab video itu kita hanya tengok bahagian itu sahaja mungkin ada bahagian lain sebelum itu, dan mungkin ada provokasi atau sebagainya.
“Itu saya tak nak komen sebab siasatan masih dijalankan. Tetapi saya dapat sahkan itu memang berlaku di IPD di sebuah negeri di Pantai Timur,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate, di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian berkenaan.
Terdahulu, sebuah video berdurasi 14 saat tular di aplikasi WhatsApp memaparkan seorang penunggang motosikal yang memakai bendera Pas dipukul beberapa lelaki di depan pekarangan sebuah balai polis.
Topic Berkaitan
#PRN
#video tular
#pergaduhan
#ayob khan mydin pitchay
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan