awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Ada cubaan sogok anggota polis tutup isu pencerobohan Lahad Datu - Hamzah

Bernama
Bernama
22/09/2020
09:28 MYT
PRN Sabah: Ada cubaan sogok anggota polis tutup isu pencerobohan Lahad Datu - Hamzah
Hamzah bagaimanapun enggan mengulas lanjut pertanyaan wartawan adakah cubaan itu melibatkan anggota polis di Lahad Datu. Gambar fail/ Bernama
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini mendakwa ada wakil calon sebuah parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah cuba menyogok anggota polis bagi menutup isu ucapan seorang calon parti itu mempersenda insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.
Beliau juga mendakwa sogokan itu adalah bagi meraih sokongan anggota polis terutama dengan pengundian awal hari ini dan anggota polis berkenaan telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai cubaan sogokan itu.
"Saya sudah minta anggota kita buat laporan ada cubaan rasuah, semalam cuba nak bagi (rasuah) dan sudah ada laporan SPRM.
"Kalau calon ini langsung tidak fikir tanggungjawab pertahankan negara dan negeri ini, apa jenis manusia sebegini rupa...calon sebegini langsung tidak layak. Sebagai Menteri Dalam Negeri saya sayang anggota saya (polis)," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut pertanyaan wartawan tentang adakah cubaan itu melibatkan anggota polis di Lahad Datu atau jumlah sogokan yang cuba diberi.
Baru-baru ini, satu klip video tular di laman media sosial memaparkan calon Warisan DUN Segama iaitu Datuk Mohamaddin Ketapi yang juga bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, mempersendakan pasukan keselamatan ketika berkempen sehingga mencetuskan kemarahan semua pihak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu ucapan calon
#kampung tanduo
#Lahad Datu
#Mohamaddin Ketapi
#pilihan raya
#Politik Sabah
#PRN Sabah
#sogokan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan