awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran hentikan trafik kapal tangki di Selat Hormuz susulan serangan Israel ke atas Lubnan
100 lokasi di Lubnan jadi sasaran Israel dalam tempoh 10 minit
Konflik Asia Barat: TikTok diminta perjelas kesan krisis tenaga dan geopolitik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Abang Jo beri bayangan Dr Sim calon di DUN Batu Kawa

Afiezul Samit
Afiezul Samit
23/11/2021
06:59 MYT
PRN Sarawak: Abang Jo beri bayangan Dr Sim calon di DUN Batu Kawa
Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa Dr Sim akan kekal sebagai calon kawasan tersebut. - Astro AWANI
KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian bakal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawa pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Pada majlis Pecah Tanah Stesen Petros di Batu Kawa hari ini Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa Dr Sim akan kekal sebagai calon kawasan tersebut.
"Yang Berhormat Datuk Seri Professor Dr Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan juga bekas wakil rakyat Batu Kawa yang terus akan menjadi wakil rakyat Batu Kawa," katanya.
Bagaimanapun beliau tidak mengulas lanjut mengenai perkara pada sidang media selepas majlis berkenaan.
Abang Johari mengesahkan GPS akan bertanding di kesemua 82 kerusi namun masih belum mengumumkan senarai nama calon yang akan bertanding pada PRN12.
"Kami berbincang secara kumpulan dan tiada apa-apa masalah besar yang timbul dalam pengagihan kerusi. Cuma mungkin di kawasan Mambong ada sedikit masalah tetapi ia akan dibincangkan," jelasnya.
Pada 8 November lalu, SUPP yang diterajui oleh Dr Sim sendiri telah menghantar 20 nama kepada Pengerusi GPS untuk mewakili parti itu pada PRN12.
Namun pemilihan dan senarai calon yang akan bertanding mewakili GPS akan diumumkan sendiri oleh Abang Johari pada bila-bila masa selepas mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 24 November ini.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#calon DUN Batu Kawa
#Dr Sim kekal calon DUN Batu Kawa
#komuniti Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan