awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Dua 'kenyalang' bakal bersaing, mana satu pilihan pengundi?

Astro Awani
Astro Awani
19/11/2021
08:06 MYT
PRN Sarawak: Dua 'kenyalang' bakal bersaing, mana satu pilihan pengundi?
GPS dan PBK masing masing menggunakan imej burung kenyalang sebagai lambang parti. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 12 (PRN12), setiap parti bertanding kini sudah mula turun padang bagi memperkenalkan bakal calon dan logo masing masing.
Berbeza dalam PRN Sarawak sebelum ini, tiada lagi logo dacing, sebaliknya logo baru akan mewakili gabungan baharu parti politik iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dibentuk pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Berlambangkan burung ikonik Sarawak iaitu burung kenyalang, GPS yang didokongi empat parti tempatan iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) perlu bekerja keras untuk mempromosi logo berkenaan yang mungkin terlalu baharu di mata pengundi terutama di luar bandar dan pedalaman.
Tambahan pula sebuah lagi parti iaitu Parti Bumi Kenyalang (PBK) turut menggunakan burung kenyalang sebagai logo yang mungkin menimbulkan kekeliruan kepada pengundi.
Mengulas perkara berkenaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Pergerakan Wanita Parti Pesaka (PBB) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata perkara itu akan dibincangkan dengan teliti.
“Apa yang penting, logo burung kenyalang GPS lebih hebat.
“Ini antara perkara penting yang akan diambil kira semasa kempen kelak, kita yakin pengundi sudah matang dan tahu serta mengenali logo kita (GPS) dan mereka akan menyokong apa yang telah dilakukan oleh kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bakul Makanan PEKEMA Peduli di Dewan Cenderawasih Semariang di sini.
Untuk rekod PBK didaftarkan pada tahun 2013 dan beribu pejabat di Bintulu.
Pada 5 September 2020, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi lampu hijau kepada GPS dan PBK menggunakan logo masing-masing dalam mana-mana pilihan raya.sama ada PRN atau PRU.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Gabungan Parti Sarawak GPS
#Parti Bumi Kenyalang PBK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan