awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Jangan jadikan pilihan raya sebagai 'perang proksi' antara taikun balak

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2021
10:37 MYT
PRN Sarawak: Jangan jadikan pilihan raya sebagai 'perang proksi' antara taikun balak
Kata Anwar, rakyat Sarawak perlu bijak dan tidak memilih individu yang mempunyai kepentingan tersendiri untuk mentadbir negeri ini.
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak perlu meletakkan kepentingan rakyat di hadapan berbanding perebutan kuasa antara taikun balak, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, kata beliau, rakyat Sarawak perlu bijak dan tidak memilih individu yang mempunyai kepentingan tersendiri untuk mentadbir negeri ini.
"Rakyat harus menolak pilihan raya yang dijadikan seperti 'perang proksi' antara taikun balak.
"Pilih wakil yang akan memperjuangkan kepentingan rakyat, bukan mereka yang memperjuangkan kepentingan seseorang individu dan hanya ingin memperkayakan diri sendiri," katanya memetik portal The Vibes.
Terdahulu, Ketua Pembangkang itu menyelar kenyataan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang mengatakan bahawa PKR tidak akan menang sebarang kerusi dalam PRN12 Sarawak nanti.
"Kenyataan itu bersifat angkuh. Saya tahu PKR adalah parti yang miskin, kami tidak mempunyai taikun kayu balak Sarawak untuk menyokong kami, tidak seperti parti lain.
"Kami akan meneruskan sentimen rakyat yang turut sama menjaga hubungan pelbagai kaum, bumiputera, Cina dan lain-lain di negeri ini," katanya sebagai respon balas kenyataan itu.
Tambah Anwar lagi, beliau akan mengingatkan pimpinan serta ahli PKR untuk terus merendah diri, berusaha dan mencapai matlamat dikehendaki.
Sementara itu, beliau turut menyuarakan bahawa PKR telah mengambil iktibar dari PRN Melaka yang lalu yang mana Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diguna pakai mengecewakan kempen dan hanya memberi kelebihan kepada pihak tertentu dalam memenangi tampuk pentadbiran negeri berkenaan.
Untuk rekod, PKR akan bertanding di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada PRN12 nanti.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Sarawak Memilih
#Presiden PKR
#Datuk Seri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan