awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Jangan mainkan isu perkauman - Dr Sim

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
07/12/2021
09:38 MYT
PRN Sarawak: Jangan mainkan isu perkauman - Dr Sim
Katanya, isu melibatkan penjualan alkohol tidak berlaku di Sarawak, namun perkara itu dibangkitkan seolah-olah Sarawak menghalang penjualan minuman keras itu di negeri ini.
KUCHING: Tiada tempat untuk isu kehormanion kaum dijadikan modal kempen pilihan raya di Sarawak, kata Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.
Beliau menegaskan sebelum ini ada pihak menggunakan isu alkohol sebagai modal politik dalam berkempen bagi meraih sokongan.
Katanya, isu melibatkan penjualan alkohol tidak berlaku di Sarawak, namun perkara itu dibangkitkan seolah-olah Sarawak menghalang penjualan minuman keras itu di negeri ini.
“Sangat sedih sejak akhir-akhirnya kita dikejutkan dengan pelbagai isu terutama datang dari Semenanjung tetapi ia dibawa masuk ke Sarawak yang ternyata mencerminkan isu polarisasi dan ekstrim.
“Malah isu penjualan alkohol di Semenanjung turut dikaitkan di negeri ini, sedangkan kita di Sarawak mempunyai peruntukan kuasa sendiri, Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan, ramai yang tidak menyedari perkara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan SUPP Batu Kawa di Kuching pada Selasa.
Bagaimanapun, isu tersebut katanya diangkat sebagai modal politik oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam meraih sokongan sekali gus memburukkan kerajaan.
Beliau yang juga calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah menyifatkan tindakan tersebut adalah tidak bertanggungjawab.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#SUPP
#isu perkauman
#sim kui hian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan