awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: PSB batal niat tanding semua kerusi, hanya tumpu 70 DUN - Soon Koh

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
05/12/2021
07:01 MYT
PRN Sarawak: PSB batal niat tanding semua kerusi, hanya tumpu 70 DUN - Soon Koh
Wong Soon Koh mengesahkan akan mempertahankan kerusi DUN Bawang Assan yang disandangnya selama enam penggal sejak 1991. - Astro AWANI
SIBU: Parti Sarawak Bersatu (PSB) mengesahkan tidak bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Sebaliknya parti itu hanya meletakkan 70 calon berbanding 82 calon yang diumumkan sebelum ini.
Presidennya Datuk Seri Wong Soon Koh berkata keputusan akhir itu dibuat bagi menumpukan misi untuk mendapatkan kerusi yang boleh dimenangi.
“Kita tidak akan bertanding di semua kerusi, bukan sebab kita tidak cukup calon yang berkualiti.
“Tetapi kita mahu menumpukan sepenuh perhatian memenangi lebih banyak kerusi,” katanya.
Beliau mendedahkan perkara itu pada sidang media PSB di Sibu pada Ahad.
Menurutnya, PSB mempertaruhkan 70 calon termasuk 10 calon wanita pada PRN12 yang akan diadakan pada 18 Disember ini termasuk calon termuda Intanurazean Wan Sapuan Daud, 26 tahun di DUN Nangka.
Ia termasuk beliau sendiri yang akan mempertahankan kerusi DUN Bawang Assan yang disandangnya selama enam penggal sejak 1991.
PSB juga akan bertanding di Dudong, Palawan, dan Bukit Assek.
Sebelum ini, DAP menyatakan keterbukaan mereka untuk berunding mengenai kerjasama dengan PSB berhubung kerusi Dudong dan Bawang Assan.
Namun tiada kata sepakat dicapai antara dua parti berkenaan dan DAP telah mengumumkan calon mereka di kerusi berkenaan.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Parti Sarawak Bersatu PSB
#Datuk Seri Wong Soon Koh
#Intanurazean Wan Sapuan Daud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan