awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: 'Tiada parti politik mahu menjadi pembangkang selamanya' - Chieng Jen

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
03/12/2021
01:51 MYT
PRN Sarawak: 'Tiada parti politik mahu menjadi pembangkang selamanya' - Chieng Jen
Katanya, alasan DAP untuk menjadi peneraju semak dan imbang yang kuat dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak pada kali ini, adalah untuk merintis ke arah perubahan kerajaan pada masa depan.
KUCHING: “Tiada parti politik yang mahu menjadi pembangkang selamanya,”.
Itu penjelasan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak, Chong Chieng Jen kepada wartawan yang hadir ke sidang media khas pengumuman calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak pada Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Seri Wong Soon Koh yang menyindir DAP Sarawak dan Chieng Jen kerana sekadar mahu menjadi pembangkang yang kuat, berbanding PSB yang mahu menukar kerajaan negeri.
Pun begitu, kata Ahli Parlimen Stampin itu, sebagai parti politik, ia harus berpijak di bumi yang nyata.
“Fahami realiti dan situasi persekitaran di mana kita berada," katanya.
BACA: PRN Sarawak: 'Kami mahu jadi kerajaan negeri, bukan pembangkang yang kuat' - Soon Koh
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember ini jelasnya, diadakan dalam situasi prosedur operasi standard yang begitu ketat, yang mengehadkan pergerakan pembangkang.
“Manakala Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan berselindung di sebalik program kerajaan dalam menggerakkan jentera kempen
"Alasan DAP untuk menjadi peneraju ‘semak dan imbang’ yang kuat dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak pada kali ini, adalah untuk merintis ke arah perubahan kerajaan pada masa depan," katanya.
Chieng Jen yang mengumumkan parti itu akan bertanding di 26 kerusi di seluruh Sarawak, akan berdiri di kerusi N.9 Padungan. Kerusi lamanya di N.12 Kota Sentosa akan diwakili muka baharu, yang juga pegawai khasnya, Michael Kong Feng Nian.
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yee Lee Wuen pula akan bertanding di N.14 Batu Kawah, bagi mencabar Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.
Ini bukan kali pertama Chieng Jen bertanding di DUN N.9 Padungan. Pada PRN Sarawak 2001, sebagai muka baharu, beliau berjaya memberi cabaran kepada Lily Yong Yee Lee (BN-SUPP), apabila meraih 7,369 undi daripada 16,259 yang keluar mengundi.
Yong, yang ketika itu merupakan Ketua Wanita SUPP menang dengan majoriti 1,033 undi.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#pembangkang
#DAP pembangkang kuat
#Parti Sarawak Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan