awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Agong boleh tangguh ke tarikh lain jika berlaku banjir - G Manimaran

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/10/2022
02:35 MYT
PRU15: Agong boleh tangguh ke tarikh lain jika berlaku banjir - G Manimaran
G Manimaran berpandangan Al-Sultan Abdullah tiada pilihan melainkan memperkenankan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen - Foto fail
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk menangguhkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ke satu tarikh yang lebih bersesuaian sekiranya berlaku bencana banjir semasa proses pengundian.
Penulis buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia, G Manimaran berkata, perkara sama pernah dilakukan oleh Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan menangguhkan pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) susulan krisis kesihatan yang melanda negara, walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh-tarikh penting pilihan raya.
"Satu lagi saya melihat mungkin masih ada ruang untuk mengelakkan mengadakan pilihan raya waktu banjir. Kalau kita melihat kepada situasi atau pengalaman kita semasa COVID-19, di mana beberapa PRK walaupun SPR telah menetapkan tarikh, tetapi atas perkenan Tuanku, PRK ditangguhkan kerana krisis kesihatan.
"Kalau kita mengambil terjemahan kepada kemungkinan tersebut pada hari ini , jika SPR menetapkan tarikh pilihan raya katakan pada awal bulan November, kemudian musibah banjir berlaku dan impaknya tidak dapat dielakkan.
"Saya rasa masih ada pilihan untuk menangguhkan tarikh pengundian kepada satu tarikh yang kondusif kepada semua pihak. Saya rasa masih ada ruang perkara itu, dan Tuanku boleh buat keputusan sedemikian," katanya kepada Astro AWANI dalam segmen Menjelang Malaysia Memilih hari ini.
BACA: Agong kecewa dengan politik semasa, perkenan bubar Parlimen untuk kerajaan lebih stabil - Ahmad Fadil
Mengulas lanjut, Manimaran berkata keputusan memperkenankan pembubaran Parlimen bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan oleh Seri Paduka Baginda, tetapi kerana rasa kecewa terhadap perkembangan politik, Al-Sultan Abdullah terpaksa berbuat demikian.
Selain itu, beliau berpandangan Seri Paduka Baginda mahu mandat kerajaan diteruskan sehingga tahun depan (tamat penggal).
Begitu pun, disebabkan desakan dan tuntutan pihak-pihak tertentu, ujar Manimaran Al-Sultan Abdullah dilihat tiada pilihan melainkan memperkenankan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen.
Dalam pada itu, Manimaran menambah tumpuan ketika ini juga adalah untuk melihat pendirian beberapa kerajaan Negeri sama ada akur untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau sebaliknya.
Sebelum ini, Al-Sultan Abdullah berkenan mengisytiharkan darurat bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen (P.054) Gerik, Perak, Bahagian Pilihan Raya Negeri (N.66) Bugaya, Sabah serta Parlimen Batu Sapi, sekali gus membatalkan pilihan raya kecil kerusi berkenaan.
Seri Paduka Baginda kemudian berkenan menamatkan enam ordinan dan proklamasi darurat bagi menangguhkan di kawasan-kawasan berkenaan berkuat kuasa 6 Oktober lalu.
Dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 6 Oktober yang disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara, pembatalan itu berikutan Seri Paduka Baginda berpuas hati bahawa keperluan kesemua ordinan dan proklamasi darurat berkenaan yang diisytiharkan susulan wabak penyakit berjangkit COVID-19 telah berakhir.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#parlimen dibubar
#Apa berlaku selepas pembubaran Parlimen
#PRU15 dalam banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan