awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Banjir di Long Bemang tidak halang pengundi tunai kewajipan

Astro Awani
Astro Awani
19/11/2022
04:59 MYT
PRU15: Banjir di Long Bemang tidak halang pengundi tunai kewajipan
Keadaan banjir di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Long Bemang pagi tadi. - Foto JBPM Sarawak
MARUDI: Proses pengundian di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Long Bemang di sini, masih diteruskan dan berjalan lancar walaupun dalam keadaan banjir.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Sarawak, Henderi Ardimansyah, memaklumkan paras air menunjukkan trend penurunan setakat ini.
Bagaimanapun pihaknya akan terus membuat pemantauan dari masa ke masa.
“Keadaan banjir di SK Long Bemang, Klinik Kesihatan Long Bemang dan Kampung Long Benam beransur surut.
“Pemantauan akan terus dilaksanakan di tiga kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Keadaan di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Long Bemang - Foto JBPM Sarawak
Keadaan di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Long Bemang - Foto JBPM Sarawak
Sebelum ini, kawasan tersebut dilaporkan mengalami banjir yang telah menjejaskan 530 orang penduduk namun tiada pemindahan dilakukan.
“Tiada pemindahan dilakukan, berdasarkan maklumat yang kita terima bekalan elektrik telah ditutup sementara waktu oleh pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) 15 November lalu di semua kawasan terjejas banjir untuk keselamatan penduduk kampung,” katanya.
Orang ramai yang berteduh di hadapan Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Long Bemang dalam keadaan jalan yang digenangi air. - Foto JBPM Sarawak
Orang ramai yang berteduh di hadapan Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Long Bemang dalam keadaan jalan yang digenangi air. - Foto JBPM Sarawak
Pusat Mengundi SK Long Bemang terletak dalam kawasan Parlimen Hulu Baram yang mempunyai 43,438 pemilih berdaftar.
Perebutan kerusi itu melibatkan perlawanan satu lawan satu antara penyandang, Datuk Wilson Ugak Kumbong (GPS) dan Ketua Penerangan dan Komunikasi PKR Sarawak, Abun Sui Anyit yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH).
Topic Berkaitan
#PRU15
#banjir
#Long Bemang
#Sarawak Energy Berhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan