awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: BN Lipis optimis pertahan kerusi Parlimen, tiga DUN

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
31/10/2022
02:40 MYT
PRU15: BN Lipis optimis pertahan kerusi Parlimen, tiga DUN
Sebahagian daripada jentera BN Lipis yang hadir ketika Majlis Pelancaran Jentera BN Parlimen Lipis bertempat di Perkarangan Terbuka Arena Jubli Perak pada Ahad. - Astro AWANI
LIPIS: Barisan Nasional (BN) Lipis optimis dapat mengekalkan kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan menyasarkan majoriti yang lebih besar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.
Keyakinan tersebut disuarakan Ketua UMNO Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad yang berpuas hati dengan kesiapsiagaan yang ditunjukkan oleh jentera BN Parlimen Lipis bagi menghadapi PRU15 pada 19 November ini.
Menurutnya, kecenderungan tersebut juga berasaskan maklum balas yang diberikan terhadap perkhidmatan dan kebajikan yang dihulurkan oleh kepimpinan BN di Lipis selain kerap turun padang bertemu masyarakat.
“Saya melihat gerak kerja yang ditunjukkan oleh semua lapisan kepimpinan sama ada peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri adalah pada tahap yang tertinggi.
“Ini sekaligus menunjukkan kita bersedia mempertahankan kerusi Parlimen dan tiga DUN iaitu Padang Tengku, Cheka dan Benta," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Jentera BN Parlimen Lipis yang dihadiri kira-kira 3,000 jentera BN terdiri daripada sayap-sayap dan parti komponen bertempat di Perkarangan Terbuka Arena Jubli Perak di sini pada Ahad.
Dalam pada itu Abdul Rahman berkata, BN Lipis juga mempunyai strategi sendiri dalam menarik sokongan pengundi muda yang berusia 18 hingga 20 tahun yang kali pertama mengundi dalam PRU15.
"Kita tidak memandang remeh kewujudan dan kehadiran pengundi muda dalam PRU kali ini, jadi kita akan susun langkah untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi muda.
"Justeru itu, BN Lipis telah menggerakkan jentera lebih awal untuk mendekati golongan muda berkenaan dan yakin akan berupaya untuk mendapat sokongan mereka dalam PRU tidak lama lagi," ujarnya.
Untuk rekod, pada PRU14 yang lalu Abdul Rahman memperoleh undi 13,995 dengan majoriti undi sebanyak 6,569 sekaligus menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Badarudin Abd Rahman dan calon Pas, Sobirin Duli yang masing-masing memperoleh undi sebanyak 7,426 dan 6,671.
Parlimen Lipis juga merupakan salah satu kubu kuat BN yang telah menyapu bersih kesemua tiga kerusi DUN dan Parlimen pada PRU14.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Abdul Rahman Mohamad
#sasar majoriti lebih besar
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan