awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Isu MA63 diselesai tanpa banyak rundingan jika PH dapat mandat - Anwar

Bernama
Bernama
12/11/2022
11:24 MYT
PRU15: Isu MA63 diselesai tanpa banyak rundingan jika PH dapat mandat - Anwar
Anwar berkata gabungan itu akan turut menjalankan pelbagai usaha yang efektif dalam pelaksanaan MA63 dan bukan sekadar meluluskannya di peringkat Perlembagaan Persekutuan.
KUCHING: Pakatan Harapan (PH) akan memastikan isu hak-hak Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diselesaikan tanpa perlu banyak rundingan sekiranya diberikan mandat membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Pengerusi PH yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata gabungan itu akan turut menjalankan pelbagai usaha yang efektif dalam pelaksanaan MA63 dan bukan sekadar meluluskannya di peringkat Perlembagaan Persekutuan.
"Dalam menegaskan keperluan wujudkan sistem persekutuan, maka pengagihan kuasa itu (adalah) sesuatu yang mesti dalam perlembagaan bagi negara yang dianggap persekutuan. Ini bukan soal yang aneh buat Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
"Kerjasama antara negeri dan Persekutuan (kerajaan) adalah kritikal. Berikan suara kepada calon-calon kami di Sarawak (di Parlimen) untuk kerjasama negeri dan Persekutuan bagi kami memperjuangkan hak rakyat Sarawak," katanya ketika berucap pada majlis Tawaran Harapan Untuk Sarawak di sini hari ini.
Dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata sebarang perbincangan untuk bekerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di peringkat Persekutuan akan diadakan selepas keputusan PRU15.
Beliau berkata PH mahukan kerjasama erat bukan sahaja dengan GPS, malah dengan semua kerajaan negeri termasuk yang masih diperintah oleh PAS.
Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata antara empat prinsip utama bagi tawaran hari ini adalah untuk memperkasakan wilayah Sabah dan Sarawak menerusi pelaksanaan MA63 dan desentralisasi kuasa kepada kedua-dua wilayah itu.
"Selain itu, merapatkan jurang pembangunan wilayah Sabah, Sarawak dan Semenanjung serta membela nasib orang asal, Sabah, Sarawak dan Semenanjung," katanya.
Kesemua aspek berkenaan, kata beliau telah dimasukkan dalam Tawaran Harapan PRU15 yang dilancarkan baru-baru ini.
Menurut Chong perincian mengenai kesemua prinsip tawaran itu di Sarawak akan dikongsikan dengan orang ramai dalam beberapa hari lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan
#Sarawak
#MA63
#Anwar Ibrahim
#PRU15
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan