awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Mohamed Tawfik lawan Zahid di Bagan Datuk

Sinar Harian
Sinar Harian
13/10/2022
05:06 MYT
PRU15: Mohamed Tawfik lawan Zahid di Bagan Datuk
Mohamed Tawfik mahu rakyat memilih pemimpin yang bukan sahaja bersih tetapi kelihatan bersih. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Anak mantan Timbalan Perdana Menteri pada era Tun Abdul Razak, Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail mengesahkan yang beliau akan bertanding menentang Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk dalam pilihanraya ke-15 (PRU15) ini.
Mohamed Tawfik yang merupakan pengasas Gerak Independent pernah menjadi Ahli Parlimen Sungai Benut, Johor di bawah Barisan Nasional (BN) pada tahun 80-an.
Menurut Mohamed Tawfik, beliau menawarkan diri dengan tema 'Rakyat lawan Rasuah'.
Beliau berharap piihan raya kali ini akan membuktikan bahawa rakyat akan menolak rasuah dan pemimpin yang rasuah atau yang dianggap mengamalkan rasuah dan salahlaku.
“Saya mahu pemimpin, khususnya Melayu kembali pada kompas moral yang betul. Negara kita sedang menghadapi krisis amalan rasuah yang paling buruk dalam sejarah.
“Keadaan rasuah sudah sampai ke peringkat kronik,” ujar beliau.
Mohamed Tawfik mahu rakyat memilih pemimpin yang bukan sahaja bersih tetapi kelihatan bersih.
Ditanya mengapa memilih Bagan Datuk, beliau berkata, “Kepimpinan bersih harus bermula di sana.”
Beliau menyedari bahawa menentang seorang presiden parti yang besar dengan jentera yang hebat bukan mudah, tetapi sesorang harus melakukannya.
“Kita harus menghantar mesej kepada rakyat bahawa masa depan negara bergantung pada imej yang bersih di kalangan pemimpinnya," ujarnya ketika dihubungi Sinar Harian. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tawfik Tun Dr Ismail
#bertanding di Bagan Datuk
#PRU15
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan