awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Perikatan Nasional umum manifesto Ahad ini

Bernama
Bernama
04/11/2022
12:42 MYT
PRU15: Perikatan Nasional umum manifesto Ahad ini
Datuk Dr Dominic Lau bercakap pada sidang media dan pelancaran jentera Pilihan Raya P050 Jelutong sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pusat Khidmat Jelutong, Jalan Kuantan hari ini. - Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan manifesto gabungan itu bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Kuala Lumpur pada Ahad ini, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.
Lau, yang juga Pengerusi Gerakan, berkata manifesto itu akan memfokus kepada pendekatan membentuk sebuah kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil kerana kestabilan kerajaan adalah penting dalam mentadbir urus negara.
"Manifesto ini akan memfokus kepada setiap perspektif termasuk ekonomi, pendidikan serta kumpulan demografi B40 dan M40 dalam kalangan rakyat di negara ini.
"Jika diberikan mandat, kami akan turut mengemukakan idea dan penyelesaian untuk membantu mereka yang tergolong dalam kumpulan M40," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya PN bagi Jelutong di sini hari ini.
PN akan bertanding di kesemua 13 kerusi Parlimen di Pulau Pinang dengan Gerakan dan Bersatu masing-masing di lima kerusi manakala Pas di tiga kerusi.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan esok sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 15 Nov dan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#umum manifesto
#PRU15
#Dominic Lau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan