awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pilih calon, parti yang punya rekod baik - Hishamuddin

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
14/11/2022
07:00 MYT
PRU15: Pilih calon, parti yang punya rekod baik - Hishamuddin
Hishamuddin menggesa semua anggota agar memilih calon dan parti yang mempunyai rekod pencapaian yang baik kerana ia adalah pertimbangan paling adil. - Gambar fail Astro AWANI / SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan mengundi pada hari pengundian awal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), esok.
Dalam video ucapannya, beliau menggesa semua anggota agar memilih calon dan parti yang mempunyai rekod pencapaian yang baik kerana ia adalah pertimbangan paling adil dalam menentukan masa depan negara.
"Keluarlah beramai-ramai kerana ini adalah hak dan tanggungjawab demi memastikan kestabilan dan kemakmuran negara.
"Setiap undi penting untuk menentukan kerajaan yang akan memerintah bagi lima tahun akan datang.
"Buat pilihan bijak, pilih calon dan parti yang mempunyai track record dan pencapaian baik kerana ini pertimbangan paling adil.
"Kalau boleh, keluar awal dan jaga disiplin. Peliharalah nama baik ATM dan buktikan ATM contoh tauladan terbaik kepada masyarakat," katanya.
Seramai 146,737 individu membabitkan anggota ATM dan pasangan mereka akan menjalankan tanggungjawab mereka pada Selasa.
sebanyak 153 pusat mengundi awal ATM diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebagai pusat pengundian awal bagi anggota dan pasangan mereka di seluruh negara.
Bagaimanapun, proses membuang undi bagi anggota yang didaftarkan sebagai pengundi pos sudah bermula 7 November lalu sehingga 19 November ini sebelum pukul 5 petang.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#Hishammuddin Hussein
#PRU15
#tentera undi awal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan