awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: PN hanya serpihan UMNO yang mabuk kuasa - Rafizi

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
05/11/2022
00:05 MYT
PRU15: PN hanya serpihan UMNO yang mabuk kuasa - Rafizi
Rafizi Ramli sifatkan tindakan Perikatan Nasional yang cuba memberikan gambaran buruk terhadap UMNO-Barisan Nasional dan PKR-Pakatan Harapan sebagai mabuk kuasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menyifatkan tindakan parti Perikatan Nasional (PN) yang cuba memberikan gambaran buruk terhadap UMNO-Barisan Nasional dan PKR-Pakatan Harapan (PH) sebagai mabuk kuasa.
Ini kerana PN, tegas Rafizi, dilihat sedaya upaya menjenamakan gabungan mereka sebagai bersih daripada rasuah dalam usaha meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
"Ada pepatah Inggeris yang berbunyi 'those who live in a glass house should not throw stones'. Maksudnya kalau kita pun banyak kayap, jangan bising pasal kayap orang lain.
"Bila kempen bermula secara rasmi esok, saya akan usahakan bukti-bukti untuk meyakinkan pengundi-pengundi (terutamanya Melayu) bahawa PN ini hanyalah serpihan UMNO yang mabuk kuasa.
"Rekod 33 bulan mereka bersama kerajaan juga buruk dalam bab-bab tata kelola kewangan negara," kata beliau dalam kenyataan pada Jumaat.
Rafizi dalam masa sama memberi bayangan akan mendedahkan beberapa perkara dalam sidang media mingguan beliau pada Isnin depan.
Beliau yakin ramai penyokong UMNO-BN akan bersetuju dengannya.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Malaysia Memilih
#Rafizi Ramli
#PN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan