awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Ramanan beri jaminan, sedaya upaya kekalkan momentum Sivarasa

Firdaus Azil
Firdaus Azil
13/11/2022
15:39 MYT
PRU15: Ramanan beri jaminan, sedaya upaya kekalkan momentum Sivarasa
Datuk R Ramanan mengakui ramai yang sangsi sama ada beliau mampu mengikut jejak langkah, serta gerak kerja yang ditinggalkan Sivarasa Rasiah di kawasan itu. - Foto Facebook/R Ramanan
SUNGAI BULOH: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi P107 Sungai Buloh, Datuk R Ramanan mengakui ramai yang sangsi sama ada beliau mampu mengikut jejak langkah, serta gerak kerja yang ditinggalkan Sivarasa Rasiah di kawasan itu.
Ramanan, yang juga Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, legasi yang diwujudkan Sivarasa amat besar memandangkan beliau merupakan Ahli Parlimen di kawasan itu selama tiga penggal.
Namun, tegas Ramanan lagi, beliau percaya sebahagian besar isu serta permasalahan di kawasan itu dapat diselesaikan dengan sokongan Kerajaan Negeri, serta Kerajaan Persekutuan sekiranya Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri.
“Saya faham ramai di sini berfikir betulkah saya ini boleh mengikut jejak Sivarasa. Saya akui memang susah, kerana dia adalah gergasi yang telah buat impak yang besar di kawasan ini. Saya akan cuba sedaya upaya saya.
“Saya mahu tunjukkan dengan keikhlasan saya. Saya telah menandatangani akuan bersumpah bahawa saya akan berkhidmat untuk anda dengan percuma. Kesemua gaji dan elaun saya sebagai Ahli Parlimen, akan saya salurkan kepada dana untuk kebajikan anda,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam program Sesi Memperkenalkan Calon PH P107 Sungai Buloh di Taman Setia Warisan, di sini malam ini.
Ramanan berkata, kesemua gaji dan elaun itu akan dikhususkan bagi usaha membantu golongan B40 di kawasan itu, selain disalurkan kepada rumah-rumah ibadat tanpa mengira kaum dan agama.
Dalam pada itu, Ramanan berkata, beliau mengambil maklum bagaimana penduduk di kawasan Taman Setia Warisan itu begitu terkesan dengan banjir, apatah lagi baru saja dilanda banjir kilat pada Khamis lepas akibat ban pecah sehingga menyebabkan aliran air dari Sungai Damansara mengalir ke taman itu.
Beliau berkata, dengan latar belakangnya sebagai seorang jurutera, beliau telah menggariskan kaedah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah banjir itu, termasuk isu lain seperti infrastruktur serta masalah kesesakan.
Katanya lagi, semua itu tergaris dalam manifesto yang beliau namakan sebagai ‘Solusi Ramanan’, dan berharap agar penduduk Sungai Buloh dapat melihat bahawa tawaran yang beliau berikan, lebih baik berbanding pencabar lain di kawasan itu.
BACA: PRU15: Ramanan tumpu kos sara hidup, penyelesaian prasarana untuk manifesto Sungai Buloh
Topic Berkaitan
#calon PH Parlimen Sungai Buloh
#r ramanan
#Pakatan Harapan
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan