awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Tiada istilah kerusi tumpuan, SUPP mahu menang di semua tujuh kerusi- Dr Sim

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
19/10/2022
05:03 MYT
PRU15: Tiada istilah kerusi tumpuan, SUPP mahu menang di semua tujuh kerusi- Dr Sim
Jelas Dr Sim, SUPP memandang serius serta fokus untuk menang di semua tujuh kerusi yang ditandingi dan bukan hanya kerusi tertentu sahaja. - Astro AWANI
KUCHING: Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) telah menyerahkan nama kesemua calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kepada Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk disahkan.
Presidennya, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, SUPP mengesahkan akan kekal bertanding di semua tujuh kerusi tradisi parti itu tanpa sebarang perjanjian pertukaran di saat akhir antara komponen parti lain yang bersama di bawah naungan GPS.
“Daripada pihak SUPP sendiri, kami telah memuktamadkan senarai calon yang akan bertanding tetapi SUPP masih memerlukan nasihat Pengerusi GPS kerana beliau adalah satu-satunya yang diberikan kuasa di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengeluarkan watikah perlantikan kepada calon.
“Premier Sarawak, akan memanggil kesemua calon ini selepas pihak SPR bermesyuarat esok (Khamis) dan menentukan tarikh penamaan calon, sekarang ini terlalu ramai calon, kita tidak tahu siapa yang akan terpilih dan semestinya saya senang hati dalam situasi ini.
Dalam keterujaan untuk menghadapi PRU15, Dr Sim mengakui beliau masih perlu memberikan perhatian serius terhadap isu-isu dalaman parti itu yang mungkin berlaku sepanjang proses pilihan raya berlangsung.
”Cuma apa yang saya risaukan sekarang ini ialah isu-isu dalaman yang akan menjadi musuh terbesar kepada parti ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Seminar Hari Kaunseling Sedunia 2022 di sini pada Khamis.
Timbalan Premier Sarawak itu menambah, tidak ada istilah kerusi panas dalam pilihan raya dan SUPP akan memandang serius serta fokus untuk kemenangan di semua kerusi bukannya hanya kerusi tertentu sahaja.
“Setiap kerusi adalah panas, jika kamu pergi ke Miri (selain Sibu, Stampin, Bandar Kuching) juga panas, ini bergantung kepada perspektif masing-masing, setiap kali pilihan raya setiap kawasan akan ada isu panas masing-masing setiap hari," ujarnya.
Secara tradisinya SUPP dijangka akan meletakkan calon di tujuh kawasan Parlimen iaitu di Bandar Kuching, Stampin, Serian, Sarikei, Sibu, Lanang, dan Miri seperti PRU14 yang lalu.
Topic Berkaitan
#PRU15
#SUPP
#Datuk Seri Dr Sim Kui Hian
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan