awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Tidak ada jaminan masuk syurga jika pangkah Pas - Ku Li

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
13/11/2022
21:00 MYT
PRU15: Tidak ada jaminan masuk syurga jika pangkah Pas - Ku Li
Tengku Razaleigh berkata, beliau bersimpati dengan pengundi terutamanya golongan tua yang masih lagi terpengaruh dengan hukum tiket ke syurga jika memangkah Pas. -Gambar fail/Astro AWANI
GUA MUSANG: Tidak ada jaminan kepada pengundi untuk masuk syurga jika memangkah parti Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau bersimpati dengan pengundi terutamanya golongan tua yang masih lagi terpengaruh dengan ‘hukum’ tiket ke syurga jika memangkah Pas.
"Pas ini sebenarnya bergantung kepada orang yang menyerah kepada takdir.
"Ramai rakyat Kelantan yang tua-tua tu menyerah kepada takdir, dan ditipu oleh pihak pemimpin Pas bahawa apa yang dijanjikan olehnya boleh bawa dia ke syurga.
"Jadi saya rasa tak ke mana jugalah. Saya rasa satu hari anak-anak dia akan beritahu cucu, cukuplah kena tipu dari Pas.
"Pas ini manusia biasa macam orang UMNO juga, macam orang lain juga. Tapi kita tak menipu sedahsyat dialah," ujarnya.
Beberapa hari lalu, tular rakaman video memaparkan Ketua Pemuda Pas Sik, Mohd Shahiful Mhd Nasir dalam ceramah kempennya mengeluarkan hukum sesiapa mengundi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan masuk neraka.
Susulan penyebaran video berdurasi 28 saat itu, beliau menerima kritikan daripada pelbagai pihak dan Mohd Shahiful dalam satu kenyataan memohon maaf serta menarik balik kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#PRU15
#undi Pas
#Tengku Razaleigh Hamzah
#masuk syurga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan