awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Zainol Fadzi antara calon MB dikemuka PN jika menang - Faizal

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
17/11/2022
06:33 MYT
PRU15: Zainol Fadzi antara calon MB dikemuka PN jika menang - Faizal
Ahmad Faizal (tengah) ketika sidang media selepas majlis pelancaran manifesto PN Perak sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di Meru, Ipoh, hari ini. --fotoBERNAMA
IPOH: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akui terdapat beberapa nama yang sesuai untuk diketengahkan sebagai Menteri Besar Perak sekiranya mereka diberi mandat pada 19 November ini.
Menurutnya, beberapa individu berwibawa dan berpengalaman dilihat sesuai menduduki kerusi tersebut termasuk Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.
Bagaimanapun katanya, ia tertakluk kepada perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
"Saya selaku Pengerusi PN Negeri Perak, tidak bertanding di peringkat DUN. Namun kita ada Razman Zakaria, Datuk Zainol Fadzi Paharudin. Mereka ini ada pengalaman dalam kerajaan negeri.
"Mereka bukan ADUN ataupun wakil rakyat penggal pertama, mereka telah banyak pengalaman, malah jauh berpengalaman daripada saya.
"Jadi, Perikatan Nasional akan memberi beberapa nama kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan kita tidak mahu mendahului kuasa Sultan dalam melantik Menteri Besar Perak," katanya.
Beliau ditemui selepas melancarkan Manifesto PN Perak di Ipoh, pada Khamis.
Hadir sama Timbalan-Timbalan Pengerusi PN Perak, Razman Zakaria dan Datuk See Tian Seng.
Sementara itu, Zainol Fadzi ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan PN Perak kerana menamakan beliau sebagai calon Menteri Besar Perak.
Bagaimanapun, beliau akan akur dengan sebarang keputusan yang bakal diperkenankan Sultan Perak.
Sebelum ini, Pakatan Harapan menamakan calon DUN Kuala Sepetang, Datuk Zainal Azman Abu Seman sebagai calon Menteri Besar Perak manakala Barisan Nasional menamakan calon DUN Kota Tampan yang juga penyandang, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Ahmad Faizal Azumu
#calon MB Perak
#Zainol Fadzi Paharuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan