awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Reformasi' bukan milik kumpulan tertentu - Saifuddin

Bernama
Bernama
06/09/2020
10:13 MYT
'Reformasi' bukan milik kumpulan tertentu - Saifuddin
Datuk Saifuddin Abdullah berkata, idealisma perjuangan itu bukan lahir sejak 20 tahun lalu, justeru adalah tidak sepatutnya istilah 'reformasi' itu dihadkan untuk digunakan atau dibicarakan oleh inidividu tertentu sahaja. - BERNAMA
Idealisma perjuangan 'reformasi' pembaharuan dalam politik bukan milik kumpulan tertentu, sebaliknya sesiapa sahaja boleh menggunakan istilah sama dengan konteks dan keutamaan berbeza.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, idealisma perjuangan itu bukan lahir sejak 20 tahun lalu, justeru adalah tidak sepatutnya istilah 'reformasi' itu dihadkan untuk digunakan atau dibicarakan oleh inidividu tertentu sahaja.
Beliau berkata, sesiapa sahaja yang mempunyai idealisma perjuangan dan ingin berbakti kepada rakyat boleh menggunakan istilah sama mungkin dengan kaedah, konteks dan keutamaan, yang berbeza.
"Di Sabah juga berlaku banyak pembaharuan dalam sejarahnya dan kita harus menghormati perjuangan itu sebab politik ini panjang sejarahnya, kesinambungan dan berjaringan, antara generasi dengan generasi, antara satu kumpulan dengan satu kumpulan.
"Sebab itu kita sentiasa cuba berkerjasama antara kumpulan-kumpulan yang ingin berbakti kepada masyarakat, dengan cara yang sebaiknya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Ketua Jabatan dan Agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia negeri Sabah, di sini hari ini.
Saifuddin berkata, suatu yang penting buat negara seperti Malaysia yang berbilang latar belakang adalah kesederhanaan, yang merujuk kepada sebuah negara yang tidak radikal dan sentiasa seimbang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#inidividu tertentu
#kumpulan tertentu
#Menteri Komunikasi dan Multimedia
#reformasi
#Sabah
#Saifuddin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan