awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rombakan Kabinet 2016: Devamany angkat sumpah sebagai senator

Bernama
Bernama
27/06/2016
13:15 MYT
Rombakan Kabinet 2016: Devamany angkat sumpah sebagai senator
Timbalan Presiden MIC yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk Seri SK Devamany mengangkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Parlimen. - Gambar Bernama
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S.K Devamany hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk S.A. Vigneswaran.
Devamany, 59, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, dilantik sebagai Senator susulan pelantikannya sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet hari ini.
"Yang Dipertua Dewan Negara mengucapkan tahniah kepada beliau dan berharap beliau dapat menjalankan peranan sebagai Senator dengan sebaiknya," menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat, Parlimen Malaysia.
Devamany pernah menyandang jawatan sama di Jabatan Perdana Menteri dari 2008 hingga 2013.
Beliau merupakan bekas Anggota Parlimen Cameron Highlands untuk dua penggal pada 2004 dan 2008 sebelum tewas bagi kerusi Parlimen Sungai Siput pada Pilihan Raya Umum ke-13, pada 2013.
Topic Berkaitan
#rombakan kabinet 2016
#S.A.Vigneswaran
#S.K Devamany
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan