awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RoS gesa DAP akur arahan pemilihan CEC diadakan

Bernama
Bernama
20/07/2017
11:48 MYT
RoS gesa DAP akur arahan pemilihan CEC diadakan
Isnin lalu, RoS menghantar surat kepada DAP yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC dan memberi tempoh 14 hari untuk memberi maklum balas rasmi. - Gambar fail
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menggesa DAP untuk akur dengan arahan supaya pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu diadakan.
Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata sekiranya parti itu gagal berbuat demikian, CEC DAP tidak akan diiktiraf dan jawatankuasa itu tidak boleh berfungsi secara sah.
Katanya RoS kekal dengan keputusan bahawa DAP perlu mengadakan sekali lagi pemilihan semula CEC baharu yang sah dan telus bagi membolehkan perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.
"Jika DAP masih berdegil, maka apa-apa keputusan yang dibuat oleh CEC DAP dan pemegang jawatannya juga akan dikira tidak sah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkeras untuk tidak mengadakan pemilihan semula CEC parti itu dengan alasan arahan yang dikeluarkan oleh RoS adalah berdasarkan berita palsu.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak turut meminta DAP akur dengan arahan RoS agar mengadakan pemilihan semula CEC.
Isnin lalu, RoS menghantar surat kepada DAP yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC dan memberi tempoh 14 hari untuk memberi maklum balas rasmi kepada pihaknya.
Media melaporkan arahan berkenaan dikeluarkan berikutan RoS masih belum menerima dan mengiktiraf pemilihan parti yang dijalankan oleh DAP pada 15 Dis 2012 dan pemilihan semula pada 29 Sept 2013.
Ditanya implikasi kedegilan DAP itu pada pilihan raya akan datang, Mohammad Razin berkata perkara tersebut adalah di bawah kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Sekiranya dalam tempoh 14 hari itu yang bermula Isnin lalu DAP tetap tidak memberi maklum balas secara rasmi kepada pihak RoS, kita akan ambil tindakan lain berlandaskan Akta Pertubuhan 1966," katanya.
Mohammad Razin memaklumkan jika DAP mahu sebarang penjelasan lanjut berhubung arahan itu, mereka perlu menghantar surat secara bertulis dan jawapan RoS juga akan diberikan secara bertulis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CEC
#DAP
#Lim Guan Eng
#parti politik
#pemilihan semula
#ros
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan