awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Antilompat Parti: Kabinet sudah dimaklumkan cadangan pindaan - Wan Junaidi

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
02/06/2022
03:40 MYT
RUU Antilompat Parti: Kabinet sudah dimaklumkan cadangan pindaan - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun turut memberi penjelasan kepada jemaah menteri berkaitan pindaan perlembagaan itu. -Gambar fail/Bernama
CADANGAN pindaan Perlembagaan berhubung larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti sudah dimaklumkan kepada jemaah menteri pada Rabu.
Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun turut memberi penjelasan kepada jemaah menteri berkaitan pindaan Perlembagaan itu.
Katanya, tiada bantahan terhadap draf berkenaan dalam kalangan jemaah menteri seperti dicadangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.
Namun, jemaah menteri turut membangkitkan dua perkara agar diperincikan dan diperhalusi semula oleh Jawatankuasa Pilihan Khas.
Jelas Wan Junaidi, mengikut Peraturan 85 Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, maklumat berhubung Jawatankuasa Pilihan Khas tidak boleh didedahkan kepada umum.
Ini kerana ia masih dalam perbincangan di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.
Menurutnya, persoalan yang dibangkitkan jemaah menteri akan dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada 7 Jun ini untuk diteliti seterusnya memuktamadkan RUU tersebut.
Kenyataan Media Berhubung Perkembangan RUU Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti#rangundangundang#bheuujpm#media#KeluargaMalaysia pic.twitter.com/8VREG0rc2x
— Wan Junaidi Tuanku Jaafar_Official (@dswjtj) June 2, 2022
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#RUU Antilompat Parti
#larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan