awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 60 negara sertai Indonesia kecam serangan terhadap pasukan pengaman di Lubnan
LADA perkukuh pelancongan Langkawi di Johor dan Singapura menerusi kerjasama B2B
Ringgit terus catat kenaikan berbanding dolar AS didorong sentimen lebih baik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabar saya ada batasan - Anwar

Bernama
Bernama
03/12/2019
17:15 MYT
Sabar saya ada batasan - Anwar
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang juga Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat pada Konvensyen Keadilan Perak di Dewan Jubli Perak, Selasa malam. - Foto BERNAMA
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sentiasa terbuka dan bersabar dalam menerima sebarang teguran daripada mana-mana pihak terhadap parti itu.
Bagaimanapun, Anwar menegaskan kesabaran beliau ada batasan terutama terhadap pihak yang menggambarkan PKR sebagai parti yang lemah.
"Saya sabar (bila orang beri gambaran) sebab fikir setiap orang ada hak untuk memberi gambaran.
"Tapi saya tak boleh (sabar) jika orang beri gambaran parti (PKR) berpecah, lemah... sebab menjadi tanggungjawab saya untuk membina kekuatan parti," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen PKR negeri Perak di sini, malam ini.
Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mengulangi kenyataan untuk memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lebih-lebih lagi semasa beliau sedang menggalas satu tugas yang bukan mudah.
"Khamis lepas saya berjumpa beliau dan bersembang lama. Saya buat pendirian bagi sokongan penuh kepada beliau sebagai ketua. Kita jangan persulitkannya, kita bersatu jangan berpecah," kata Anwar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Port Dickson
#Anwar Ibrahim
#Konvensyen PKR negeri Perak
#PKR
#Presiden PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan