awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak 2016: Barisan Nasional menang dua kerusi tanpa bertanding

Noor Aida Abdul Kassim
Noor Aida Abdul Kassim
25/04/2016
05:40 MYT
Sarawak 2016: Barisan Nasional menang dua kerusi tanpa bertanding
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah pada sidang media khas di pejabat SPR Sarawak di sini selepas selesai proses penamaan calon.
Dua calon Barisan Nasional (BN) diumumkan menang tanpa bertanding di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak hari ini.
Kerusi Bukit Sari dimenangi oleh Datuk Awang Tengah Ali Hasan manakala Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah pada sidang media khas di pejabat SPR Sarawak di sini selepas selesai proses penamaan calon.
Awang Tengah, merupakan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), ini merupakan kali kedua beliau menang tanpa bertanding selepas PRN 1996.
Pada pilihan raya negeri 1996, beliau menang tanpa bertanding di DUN Lawas, yang kemudian ditukar nama kepada Bukit Sari pada 2006 berikutan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Bagi Dr Abdul Rahman pula, ini kali ketiga beliau menang di Bukit Kota sejak 2006.
Pada PRN 2011, beliau menang dengan menewaskan calon DAP, Leong Kwang Yew dan dua calon Bebas iaitu Usop Jidin dan Ladis Pandin dengan majoriti 5,061 undi.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman
#Adenan Satem
#Awang Tengah
#Barisan Nasional
#BN
#PBB
#pilihan raya Sarawak
#PRN-11
#sarawak2016
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan