awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak peluang akhir Rafizi pintas Azmin

Sinar Harian
Sinar Harian
10/11/2018
22:48 MYT
Sarawak peluang akhir Rafizi pintas Azmin
Perebutan jawatan Timbalan Presiden melibatkan Mohamed Azmin (kanan) dan Rafizi (kiri) sentiasa dihiasi pelbagai cerita positif dan negatif dari kedua-dua belah pihak. - Gambar fail
Pemilihan di Sarawak merupakan peluang terakhir buat penyokong Rafizi Ramli jika mereka mahu beliau menang jawatan Timbalan Presiden PKR.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, persaingan sangat sengit namun beliau merasakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal memenangi pertarungan itu.
“Saya nampak sengit tapi peluang nampak lebih kepada Mohamed Azmin, dia pun dah mendahului, ada jarak juga.
“Pada penyokong Rafizi, Sarawak adalah tempat akhir untuk mereka kalau nak pintas Mohamed Azmin. Itu sebab nampak sedikit agresif kempen di Sarawak.
“Cuma saya rasa Mohamed Azmin ke depan untuk menang,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambah beliau, tiada sesebuah negeri boleh dianggap sebagai penentu namun situasi di Sabah dan Sarawak agak istimewa kerana negeri itu paling akhir dalam pemilihan.
“Semua negeri penentu tapi sebab Sarawak negeri akhir, jadi pemilihan di sana lebih hangat.
“Apa pun, saya nampak ke arah Mohamed Azmin untuk menang tapi tak tahulah kalau saat akhir jadi lain.
“Tapi saya tak rasa perkara itu akan jadi. Saya rasa Mohamed Azmin akan menang,” ujarnya.
Perebutan jawatan Timbalan Presiden melibatkan Mohamed Azmin dan Rafizi sentiasa dihiasi pelbagai cerita positif dan negatif dari kedua-dua belah pihak.
Berdasarkan perkiraan terkini, Mohamed Azmin mendahului Rafizi dan keputusan di Sarawak akan menjadi tumpuan kerana bakal menentukan pemenangnya.
Siapakah bakal memegang jawatan Timbalan Presiden PKR? Sama-sama kita nantikan!
Topic Berkaitan
#Mohamed Azmin Ali
#Mohd Azizuddin Mohd Sani
#peluang terakhir
#pemilihan
#penganalisis politik
#PKR
#Rafizi Ramli
#Sabah
#Sarawak
#timbalan presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan