awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Selepas PRU15, Mohamad Hasan ada datang ke rumah saya' - Hamzah

Sinar Harian
Sinar Harian
12/01/2023
16:17 MYT
'Selepas PRU15, Mohamad Hasan ada datang ke rumah saya' - Hamzah
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak bercakap benar apabila menyatakan DAP lebih baik berbanding Pas sebagai alasan UMNO menyertai Kerajaan Perpaduan. - Gambar fail
TUMPAT: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak bercakap benar apabila menyatakan DAP lebih baik berbanding Pas sebagai alasan UMNO menyertai Kerajaan Perpaduan.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) mendakwa Ahli Parlimen Rembau itu bercakap sebaliknya ketika bertemu beliau sebelum ini.
“Sehari selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Mohamad ada datang ke rumah saya.
“Apa yang disampaikan ialah: ‘brother saya nak maklumkan, sekiranya Presiden UMNO mahu bekerjasama dengan DAP, saya orang pertama yang akan menentang’. Itu yang beliau cakap pada saya,” katanya selepas Majlis Sumbangan Bantuan Banjir PN kepada 8,000 mangsa di Chabang Empat, Wakaf Bharu di sini pada Khamis.
Jelasnya, ketika itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjadi saksi pertemuan dan percakapan Mohamad tersebut.
“Apabila Mohamad kata DAP lebih ikhlas daripada Pas, saya tertanya-tanya apa hal manusia macam ni. Saya anggap ini tak betul dan karut-marut.
“Saya berkawan dengan beliau dan juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang sudah dianggap sebagai abang saya,” katanya.
Hamzah mengakui terkejut dengan kenyataan terbaharu oleh Mohamad tersebut.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ketua Pembangkang
#Hamzah Zainudin
#Mohamad Hasan
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan