awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shahril sepatutnya jadi Ketua Pemuda UMNO - KJ

Sinar Harian
Sinar Harian
30/01/2023
01:00 MYT
Shahril sepatutnya jadi Ketua Pemuda UMNO - KJ
Gambar Khairy swafoto bersama Shahril dalam siaran di Instagram rasmi miliknya pada Ahad. -Instagram
SHAH ALAM: Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan sepatutnya menjadi Ketua Pemuda UMNO yang seterusnya.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, bagaimanapun perkara itu tidak akan berlaku berikutan Shahril telah digantung keahlian parti tanpa melalui proses yang sewajarnya.
“Lelaki ini (Shahril) sepatutnya menjadi Ketua Pemuda UMNO seterusnya.
"Tetapi dia digantung kerja tanpa proses yang sewajarnya. Tanpa sebab,” katanya dalam siaran di Instagramnya pada Ahad.
Bekas Ahli Parlimen Rembau itu turut berkongsikan gambar beliau swafoto bersama Shahril dalam hantaran yang sama.
Selain Shahril, turut digantung untuk tempoh sama ialah Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif.
UMNO pada Jumaat turut memecat Khairy dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Shahril Sufian Hamdan
#Ketua Pemuda UMNO
#digantung keahlian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan