awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siapa pengacau undi sebenarnya? - Pas Selangor

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
01/05/2018
06:40 MYT
Siapa pengacau undi sebenarnya? - Pas Selangor
Sidang media Pengarah Pilihanraya Pas Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir. Astro AWANI
"PAS bukan pengacau, kami telah berada di arena politik negara sejak tahun 50-an lagi, siapa pengacau sebenarnya?."
Demikian jelas Pengarah Pilihanraya Pas Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyatakan selain BN dan PH, parti lain adalah pengacau.
"Ada juga yang kata kami bermain mata dengan UMNO pada pilihan raya kali ini. Kalau betul kami main mata, tak kan kami bertanding di 46 kerusi Dun yang turut ditandingi BN?.
"Mungkin mereka yang bermain mata sebenarnya," jelas beliau sambil merujuk kepada beberapa individu yang mendakwa Pas bersekongkol dengan UMNO.
Ditanya mengenai sama ada Pas telah menetapkan mana-mana calon yang difikirkan layak menjadi menteri besar, Roslan berkata semua calon Pas layak.
"Kami tiada masalah dengan isu siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Selangor jika menang nanti kerana semua calon adalah layak dengan kredebiliti masing-masing.
"Kita bukan sahaja ada calon daripada tokoh agama malah ahli akademik dan profesional. Cuma saya rasa kemungkinan besar Datuk Seri Azmin yang tidak lagi dicalonkan sebagai menteri besar jika dilihat kepada permasalahan parti mereka," jelasnya.
Katanya, parti itu pincang untuk membuat keputusan kerana perlu mengambil kira 'istana Segambut' dan kem Gombak.
Roslan berkata demikian pada sidang media parti itu di Shah Alam pada Selasa. Pada sidang media tersebut Pas memperkenalkan tiga calon selebriti agama yang bertanding di kerusi DUN.
Ustaz Dr Zamri 'mantop' Zainuldin bertanding bagi kerusi DUN Sg Burong, Ustaz Dasuki Abd Rani bagi kerusi Kota Anggerik dan Ustaz Nushi Datuk Mahfodz bagi kerusi Sungai Ramal.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Barisan Nasional
#isu semasa
#Malaysia Memilih
#Mohamed Azmin Ali
#PAS
#pengacau
#pilihan raya
#politik
#Roslan Shahir Mohd Shahir
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan