awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sokongan BN: Surat sahih, isunya kepala surat - TPM

Astro Awani
Astro Awani
01/08/2021
07:43 MYT
Sokongan BN: Surat sahih, isunya kepala surat - TPM
Kata Ismail Sabri, hanya penggunaan kepala surat parti disanggah Setiausaha Eksekutif BN, Mohamad Sahfri Ab Aziz yang dikeluarkan baru-baru ini. - Foto BERNAMA
BERA: Kenyataan 40 sokongan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang dikeluarkan adalah benar.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga ketua whip kerajaan, hanya penggunaan kepala surat parti disanggah Setiausaha Eksekutif BN, Mohamad Sahfri Ab Aziz yang dikeluarkan baru-baru ini.
Menurut beliau, selaku Naib Presiden UMNO dan juga peroleh sokongan sepenuhnya berdasarkan mesyuarat yang dipengerusikannya bersama 40 Ahli Parlimen itu, pihaknya masih berhak menggunakan kepala surat parti berkenaan.
"Memang kenyataan 40 Ahli Parlimen yang memberikan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional itu sah. Yang dipersoalkan oleh Setiausaha Kerja BN adalah kenapa guna kepala surat itu.
"Tetapi kami Ahli Parlimen mewakili Barisan Nasional, nak guna kepala surat yang mana lagi," katanya.
Tambah beliau penggunaan kepala surat parti tidak seharusnya berbangkit kerana kandungan kenyataan yang dikeluarkan olehnya lebih penting untuk diketahui umum.
AWANI Ringkas: Surat sahih, isunya kepala surat - TPM | Kategori 4 dan 5 meningkat di Perak
Kata beliau lagi, semua pihak diminta tidak mempolitikkan segala perihal dan mengeluarkan pelbagai kenyataan ekoran boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.
Ini kerana fokus kerjasama berkenaan adalah mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat terutama ketika pandemik COVID-19.
Beliau menjelaskan hanya Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang mengambil langkah berbeza.
Sementara itu, Ismail Sabri memaklumkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO hanya meminta menarik sokongan terhadap Perdana Menteri tanpa meletakkan jawatan namun tindakan itu tidak dilakukan berikutan sokongan terhadap kepimpinan dengan kerajaan saling berkaitan mengikut undang-undang.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Timbalan Perdana Menteri
#Barisan Nasional
#COVID-19
#TPM
#UMNO
#undang-undang
#Parlimen
#Tengku Razaleigh Hamzah
#Zahid Hamidi
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#Dewan Rakyat
#sokongan BN
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan