awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penerbangan tidak terjejas susulan kebakaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai
Hunter Biden cabar anak-anak Trump sertai pertarungan ‘cage match’
Rusia, Ukraine setuju gencatan senjata sempena Paskah Ortodoks
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suraya Yaacob nafi letak jawatan untuk bertanding PRU15

Bernama
Bernama
13/10/2022
10:05 MYT
Suraya Yaacob nafi letak jawatan untuk bertanding PRU15
Datuk Suraya Yaacob menafikan tindakannya meletakkan jawatan sebagai Exco Kedah adalah untuk bertanding kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). - Gambar fail
SUNGAI PETANI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang Datuk Suraya Yaacob menafikan tindakannya meletakkan jawatan sebagai Exco Kedah adalah untuk bertanding kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
"Tak la.. (bertanding) parlimen tak tentu lagi," katanya kepada Bernama.
Hari ini dalam satu kenyataan Suraya yang juga Ketua UMNO Bahagian Pendang mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri.
Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata pihaknya akan melantik Exco baharu bagi menggantikan Suraya yang sebelum ini memegang portfolio Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga.
Beliau juga mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan itu dan berkata Suraya sudah menyerahkan fail-fail berkaitan portfolionya.
Muhammad Sanusi berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN Sungai Tiang
#Suraya Yaacob
#PRU15
#kerusi Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan