awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Iran sahkan penyertaan Tehran dalam rundingan di Islamabad
Misi bantuan 30 kontena, GSF 2.0 dua inisiatif berbeza - SNCC
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tak perlu tunggu 5 tahun untuk rampas Putrajaya'

Sinar Harian
Sinar Harian
10/11/2018
22:42 MYT
'Tak perlu tunggu 5 tahun untuk rampas Putrajaya'
Ahmad Zahid berkata, kepimpinan tertinggi parti harus bersama menggerakkan UMNO di peringkat negeri, bahagian dan cawangan. - Gambar fail
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu semua ahli memastikan parti terus bangkit.
Menurutnya, sekiranya UMNO bangkit, parti tersebut mempunyai arah tujuan untuk kembali membentuk semula kerajaan tidak kira di negeri ini, atau Putrajaya.
"Jangan tunggu lima tahun. Mereka akan buat pilihan raya awal. Mungkin dalam tempoh dua tahun setengah atau tiga tahun dari sekarang.
"Bangkitkan terus semangat yang membara di kalangan akar umbi. Jangan lakukan program-program hanya kepada ahli-ahli UMNO sahaja.
"Rakyat di luar mengharapkan UMNO. Kita turun ke bawah. Bawa rakyat. Jangan pilih hanya untuk orang UMNO sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan pemimpin dan ahli UMNO Johor sempena lawatan kerjanya bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO ke Johor di sini pada Sabtu.
Ahmad Zahid berkata, kepimpinan tertinggi parti harus bersama menggerakkan UMNO di peringkat negeri, bahagian dan cawangan.
Katanya, jika ada perbalahan kecil atau perbezaan pendapat perlu diketepikan.
"Yang penting kita mesti membawa UMNO semula untuk terus berada di garisan hadapan perjuangan ini. Kerana UMNO akan kelihatan rapuh kalau kita berpecah," katanya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#akar umbi
#kerajaan
#pilihan raya
#Pilihan raya awal
#Putrajaya
#rakyat
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan