awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Panglima Besar Pahang tinggalkan Bersatu, anggap UMNO tunjang perjuangan Melayu, Islam

Firdaus Azil
Firdaus Azil
09/08/2021
08:49 MYT
Tengku Panglima Besar Pahang tinggalkan Bersatu, anggap UMNO tunjang perjuangan Melayu, Islam
Tengku Azlan menyerahkan borang kepada Wan Rosdy untuk menjadi ahli UMNO Bahagian Paya Besar, sambil disaksikan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. - Foto Pejabat MB Pahang
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Jerantut, Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Temerloh dan kembali menyertai UMNO.
Dalam satu sidang media di kediaman beliau di sini hari ini, Tengku Panglima Besar Pahang itu berkata, peletakan jawatan beliau berkuatkuasa serta-merta.
Selain itu Tengku Azlan berkata, beliau menzahirkan penghargaan kepada ahli dan perwakilan Bersatu Temerloh kerana memilihnya sebagai ketua pada pemilihan parti lepas.
“Saya telah membuat keputusan untuk memilih kembali ke pangkuan UMNO yang begitu lama saya sertai sebelum ini, kerana saya yakin dan percaya UMNO merupakan sebuah parti yang menjadi tunjang kepada perjuangan Melayu dan Islam.
“Saya menyokong penuh pendirian Menteri Besar Pahang (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail) selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang dalam isu perlembagaan baru-baru ini yang telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat kita,” katanya lagi.
Tengku Azlan berkata, sebagai rakyat Malaysia, semua pihak mesti mempertahankan Perlembagaan Persekutuan tanpa mengira fahaman politik.
Dalam majlis serba ringkas di kediamannya, Tengku Azlan telah menyerahkan borang kepada Wan Rosdy untuk menjadi ahli UMNO Bahagian Paya Besar, sambil disaksikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Dalam pada itu, Wan Rosdy mengalu-alukan kembali penyertaan Tengku Azlan ke UMNO, dan menyifatkan keputusan itu sebagai kena pada masa dan tempatnya.
“Dengan kemasukan semula Yang Amat Mulia Tengku Tan Sri ke dalam UMNO, ia menjadi suntikan semangat baharu – seolah-olah suntikan vaksin dos kedua COVID-19 kepada patik pacal-pacal pemimpin dan ahli UMNO Pahang.
“Semoga dengan ini juga, UMNO terutamanya UMNO Pahang dapat terus digerakkan dengan program-program mengutamakan kebajikan dan menandatangani kemaslahatan rakyat jelata,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Tengku Panglima Besar Pahang
#Tengku Azlan
#UMNO
#Wan Rosdy Wan Ismail
#menteri besar pahang
#Mohamed Khaled Nordin
#Naib Presiden UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan