awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Calon BN Tanjung Keramat janji selesai isu air

Bernama
Bernama
21/11/2025
23:20 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Calon BN Tanjung Keramat janji selesai isu air
Jeffery Nor yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan berkata, masalah air bukan sekadar isu asas, tetapi sudah menjadi beban harian yang menjejaskan kehidupan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri berkenaan. - Gambar Bernama
PUTATAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Tanjung Keramat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, Jeffery Nor Mohamed berjanji mahu menyelesaikan isu masalah air yang berlarutan di kawasan itu.
Jeffery Nor yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan berkata, masalah air bukan sekadar isu asas, tetapi sudah menjadi beban harian yang menjejaskan kehidupan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri berkenaan.
"Siapa cakap rakyat di kawasan pedalaman sahaja memerlukan tangki biru (untuk menyimpan air)... kita di kawasan Putatan juga memerlukan tangki biru kerana kita ada masalah air.
"Oleh itu, isu air adalah antara isu utama yang saya mahu selesaikan jika dipilih menjadi wakil rakyat. Jika melihat rekod, BN sentiasa memahami masalah yang dihadapi rakyat dan saya yakin masalah ini kita dapat selesaikan," katanya ketika berucap di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tanjung Keramat, di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata, penyelesaian kepada isu air merupakan sebahagian daripada pendekatan BN Putatan untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keupayaan parti mentadbir dengan stabil dan berkesan.
Mengulas mengenai prestasi kempennya setakat ini, Jeffery Nor berkata, sepanjang beberapa hari lepas, penerimaan masyarakat setempat terhadap beliau sebagai calon BN Tanjung Keramat sangat menggalakkan.
"Saya masuk ke kampung dan mengadakan tinjauan mesra di kawasan-kawasan kedai dan tamu (pasar mingguan). Saya dapati rakyat mahu wakil rakyat di sini daripada BN yang dilihat mampu menyelasaikan segala permasalahan rakyat," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 Nov bagi undi awal manakala 29 Nov sebagai hari pengundian.
Untuk berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php.
N24: TANJUNG KERAMAT: SABAH: 26,113
  1. Sugarah @ Segarah Miasin (KDM)
  2. Farish Adamz Shah @ Kanny Chew Ly Choi (PN-Bersatu)
  3. Jeffery Noor Mohamed (BN-UMNO)
  4. Saifullah Phang Abdul Malik (BEBAS)
  5. Mahadthir Asbollah (PIS)
  6. Mil Kusin Abdillah (Anak Negeri)
  7. Shah Alfie Yahya Ahmad Shah (GRS-Gagasan Rakyat)
  8. Datuk Azni Mohd Salleh (STARSABAH)
  9. Rosday Wasli (UPKO)
  10. Mohammad Firdaus Diun (Warisan)
  11. Datuk Jasni Matlani (PBK)
(2020: Shahelmy Yahya: BN-UMNO: Maj: 1,124)
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Calon BN
#calon Tanjung Keramat
#Jeffery Nor Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan