awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terpulang kepada Ezam, janji bukan UMNO dan BN - Azmin

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
13/10/2016
12:26 MYT
Terpulang kepada Ezam, janji bukan UMNO dan BN - Azmin
Terpulang kepada Mohamad Ezam (gambar) untuk menyertai mana-mana parti dikehendakinya, kata Azmin. -Gambar fail
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali enggan mengulas lanjut keputusan bekas Senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Katanya, terpulang kepada Mohamad Ezam untuk menyertai mana-mana parti dikehendakinya.
"Yang penting jangan sertai UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebab matlamat kita hari ini, UMNO dan BN mesti ditumbangkan dalam pilihan raya akan datang kerana negara hari ini telah rosak di bawah pimpinan UMNO dan BN.
"Jadi mana-mana parti yang bersedia melakukan perubahan dan reformasi untuk menyelamatkan negara, kita akan dukung," katanya ketika diminta mengulas keputusan Mohamad Ezam menyertai PPBM.
Mohamad Ezam pada Khamis mengesahkan kepada Astro AWANI penyertaan beliau bersama PPBM.
Pada Selasa, beliau bertemu Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung hasratnya menyertai parti itu dan menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Ezam Mohd Nor
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#PKR
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan